Novel Melayu Alaf 21 - ANIS AYUNI

    Author: cikara Genre: »
    Rating

    Sungguh Aku Cinta  - RM 10.00
    SINOPSIS
     Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

    Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

    Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yag tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

    Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir Ilahi. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta

    Bayangan Rindu - RM 10.00
     SINOPSIS
    Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yang juga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.

     
    Saat Kau Kata Cinta - RM 10.00
     SINOPSIS
    Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hjaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan bertindak di luar jangkaan. Lalu 'direlakan' episod cinta anak-anak sekolah antara dia dan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

    Leave a Reply